Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Kasih Ramadhan Tahun 1440H / 2019

Program Kasih Ramadhan Tahun 1440H / 2019

Program Kasih Ramadhan Tahun 1440H / 2019

Alor Setar - Pada 10 Mei 2019 (Jumaat) telah diadakan Program Kasih Ramadhan Tahun 1440H / 2019 dengan kerjasama Bank Muamalat. Program ini bagi menyantuni dan menyerahkan bantuan kepada golongan yang tidak bekemampuan yang berdaftar dalam pangkalan data eKASIH di Negeri Kedah. Program ini disertai oleh Datuk Zolkopli Bin Dahalan, Ketua Pengarah ICU JPM dan pegawai-pegawai tertinggi ICU JPM serta Pegawai Pembangunan Negeri dari seluruh Malaysia. Semasa program ini,  bantuan telah diserahkan kepada enam belas (16)  buah rumah / keluarga yang daif. Program ini juga turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Bank Muamalat serta Giat MARA Negeri Kedah.

 

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Ahmad Firdaus Bin Ahmad Fuad, Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 03/11/2019

353 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 1, Fasa 1, Zon C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu'adzam Shah
06550 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04-7209236
Faks : 04-7209248