Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Perutusan Pengarah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Portal Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP).

Portal ini memberikan penerangan ringkas berhubung matlamat serta rasional penubuhan JKP dan BPPB Pulau Pinang yang berperanan sebagai sumber rujukan berhubung kemudahan, program dan perancangan masa hadapan daripada pelbagai agensi yang telah diselaras di peringkat BPPB untuk dimanfaatkan oleh bumiputera. Ia meliputi sektor ekonomi, perumahan, sumber manusia dan sektor strategik yang lain. Lebih utama lagi dalam laman ini juga dimuatkan Direktori Usahawan Bumiputera sebagai salah satu usaha meningkatkan rangkaian jaringan(networking) antara usahawan bumiputera di Pulau Pinang khususnya bagi memudahkan agensi berkaitan mengenal pasti kumpulan sasar dalam pelaksanaan program yang berteraskan kepada Dasar Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Justeru saya berharap dengan adanya laman web ini, ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat dan agensi-agensi Kerajaan di Pulau Pinang yang ingin mengenali atau mendapatkan maklumat berkaitan pejabat ini.

BPPBPP sedia memberi khidmat kepada anda.

Asuat Bin Ahmad
Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang

BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
Unit Penyelarasan Pelaksanaan Aras 4,
Bangunan Persekutuan Pulau Pinang Jalan Anson
10400 PULAU PINANG
Tel : 04 - 2289814
Faks: 04 - 2290227