Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Latar Belakang

Latar Belakang Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang


Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) telah ditubuhkan pada 23 Jun 1977 selaku sekretariat kepada Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP) yang telah diwujudkan pada tarikh yang sama. BPPBPP telah diletakkan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).


Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP) ialah hasil daripada perakuan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan pada 9 September 1975 oleh YAB Perdana Menteri pada ketika itu bertujuan untuk mengkaji kedudukan Kaum Bumiputera di Pulau Pinang dengan mengambil kira teraju kepimpinan dan pencapaian dari aspek sosioekonomi.


Setelah mengkaji laporan serta perakuan Pasukan Petugas Khas tersebut, Kerajaan Persekutuan berpendapat cara paling berkesan mendorong pembangunan bumiputera serta ekonomi adalah melalui Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP). Seterusnya pada 31 Januari 2009, JKP telah dijenamakan semula sebagai Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dan BPPBPP kekal berperanan sebagai sekretariat.

BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
Unit Penyelarasan Pelaksanaan Aras 4,
Bangunan Persekutuan Pulau Pinang Jalan Anson
10400 PULAU PINANG
Tel : 04 - 2289814
Faks: 04 - 2290227