Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Retreat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) Tahun 2020

Retreat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) Tahun 2020

PULAU PINANG, 5 September 2020 - Retreat MPBPP telah diadakan pada 5 September 2020 bertempat di Hotel Equatorial, Pulau Pinang. Retreat ini merangkumi Bengkel Hala Tuju dan Pelaksanaan Program Mengikut Jawatankuasa Focus Group (JKFG) untuk membincangkan hala tuju serta pembangunan Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mendapatkan percambahan idea baru dalam merangka program yang akan dilaksanakan bagi tempoh 2021 - 2025.

Turut berlangsung adalah penyerahan watikah pelantikan Ahli MPBPP oleh YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Pengerusi MPBPP kepada ahli majlis yang terdiri daripada beberapa Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, ketua-ketua jabatan di peringkat Persekutuan, ahli Persekutuan di peringkat Negeri, Agensi Badan Berkanun Persekutuan di peringkat Negeri dan beberapa ahli profesional.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : BPPBPP
Kemas kini 07/09/2020

121 Capaian

BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
Unit Penyelarasan Pelaksanaan Aras 4,
Bangunan Persekutuan Pulau Pinang Jalan Anson
10400 PULAU PINANG
Tel : 04 - 2289814
Faks: 04 - 2290227
Aktiviti 2020
Oktober September Ogos Julai Jun Februari