Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Taklimat Pengenalan Serta Latihan Perkhidmatan MyGovUC ICU JPM

Taklimat Pengenalan Serta Latihan Perkhidmatan MyGovUC ICU JPM

PULAU PINANG, 18 Februari 2020 - Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) telah bekerjasama dengan Pusat Bank Data Negara & Inovasi (NADI) ICU JPM dalam menganjurkan sesi Taklimat Pengenalan Serta Latihan Perkhidmatan MyGovUC kepada semua kakitangan BPPBPP yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan Pulau Pinang Jalan Anson.

              Taklimat telah disampaikan oleh Zaimah Binti Noh dengan dibantu oleh Encik Mohd Khairil Reza Bin Jalal. Sesi ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua kakitangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU dalam MyGovUC yang akan digunapakai sepenuhnya pada bulan Mac akan datang. Sesi taklimat ini telah diterima baik oleh semua kakitangan.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : BPPBPP
Kemas kini 18/02/2020

424 Capaian

BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
Unit Penyelarasan Pelaksanaan Aras 4,
Bangunan Persekutuan Pulau Pinang Jalan Anson
10400 PULAU PINANG
Tel : 04 - 2289814
Faks: 04 - 2290227