Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Soalan Lazim
FAQ Projek Khas

BAHAGIAN PROJEK KHAS
  1. Apakah jenis projek-projek yang dibenarkan ?
    Projek-projek yang dibenarkan adalah meliputi :
    1. projek infrastruktur awam/asas.
    2. program sosial.
    3. kebajikan sumbangan yang mempunyai kepentingan ramai.

  2. Apakah jenis projek-projek yang tidak dibenarkan ?
    Bagi projek-projek yang digunakan bagi kepentingan individu, sesebuah badan politik, kelab atau persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan membuat keuntungan adalah tidak dibenarkan.

  3. Siapakah penerima yang menerima peruntukan dari Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri ?
    Penerima projek-projek di bawah Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri adalah terdiri daripada pelbagai kaum rakyat Malaysia bagi menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan atau dinaiktarafkan meliputi kemudahan infrastruktur asas, infrastruktur awam, masjid dan surau serta program/pemberian/sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), golongan rakyat miskin, persatuan-persatuan penduduk, dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

  4. Bagaimanakah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri yang diberi dibelanjakan ?
    Peruntukan berkenaan adalah peruntukan Kerajaan yang dibelanja mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling berkaitan serta Akta Acara Kewangan.

  5. Siapakah yang meluluskan permohonan yang dibuat dibawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri ?
    Kuasa meluluskan Peruntukan Khas hanya boleh dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri. Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan boleh meluluskan peruntukan ini melalui penurunan kuasa yang diberi oleh Y.A.B Perdana Menteri.