Portal Rasmi
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Cari Facebook Twitter Instagram
Soalan Lazim
  1. Apakah eKasih?
    eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

  2. Adakah eKasih itu satu program bantuan Kerajaan?
    eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

  3. Bilakah eKasih diwujudkan?
    eKasih dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan sepenuhnya.

  4. Apakah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang digunakan?
    Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut: Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM)

  5. Apakah yang dimaksudkan dengan PGK per kapita sesebuah isi rumah?
    Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua orang dalam sesebuah isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan orang dalam isi rumah tersebut.

  6. Siapakah yang boleh mendaftar dalam eKasih?
    Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.

  7. Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih?
    Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

  8. Apakah maklumat yang direkodkan dalam Sistem eKasih?
    Sembilan (9) komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, harta, kesihatan, bantuan dan pendapatan.

  9. Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)?
    KIR ialah individu daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

  10. Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?
    AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

  11. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam Sistem eKasih?
    Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN - Bahagian/Seksyen Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

  12. Sekiranya nama telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah sebarang bantuan dapat disalurkan dan bila bantuan akan diberikan?
    Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan kementerian/agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut kementerian/agensi masing-masing. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

  13. Bolehkah saya mendaftar saudara/rakan saya yang miskin/miskin tegar ke dalam Sistem eKasih?
    Boleh sekiranya saudara/rakan anda berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.