Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Soalan Lazim
FAQ Integriti

  1. Apakah objektif penubuhan Unit Integriti Agensi?
    Unit Integriti ICU JPM telah ditubuhkan pada 31 Oktober 2013 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013. Objektif penubuhan unit ini ialah bagi menguruskan segala urusan berkaitan dengan pengurusan integriti di peringkat agensi supaya dapat dilaksanakan secara fokus dan terancang.

  2. Apakah fungsi Unit Integriti?
    Fungsi Unit Integriti ialah menguruskan hal-hal berkaitan integriti dalam organisasi dan bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras yang digariskan di dalam pekeliling seperti berikut:
    1. Tadbir Urus
      Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
    2. Pengukuhan Integriti
      Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
    3. Pengesanan dan Pengesahan
      i) Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
      ii) Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
    4. Pengurusan Aduan
      Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
    5. Pematuhan
      Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
    6. Tatatertib
      Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

  3. Apakah program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)?
    Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) merupakan program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Program CeIO diadakan bertujuan untuk melahirkan Pegawai Integriti Bertauliah di dalam sesebuah organisasi awam dan swasta. Peranan utama CeIO ialah mengurus semua aspek yang berkaitan dengan integriti meliputi perkara berikut:
    1. perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti berhubung peningkatan integriti dalam organisasi;
    2. menasihati pihak pengurusan dalam aspek integriti;
    3. membantu urusetia Jawatankuasa Antirasuah (JAR) sektor awam; dan
    4. menjadi pegawai perhubungan organisasi bersama Corporate Integrity Development Centre (CIDC).

  4. Apakah jenis/bentuk kesalahan yang boleh diadukan kepada Unit Integriti?
    Aduan yang boleh dilaporkan kepada Unit Integriti adalah aduan berkaitan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi oleh pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di ICU JPM.

  5. Adakah kes tidak hadir bertugas juga merupakan salah satu kes pelanggaran tatakelakuan yang boleh diadukan kepada Unit Integriti?
    Kes tidak hadir bertugas merupakan salah satu kes pelanggaran tatakelakuan dan boleh diambil tindakan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993].

  6. Apakah saluran untuk membuat aduan berhubung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi oleh pegawai dan kakitangan ICU JPM?
    Aduan boleh disalurkan melalui:
    No. Telefon : 03 - 8872 3945/ 3943
    Alamat : Unit Integriti Aras G, Blok Barat Bangunan Perdana Putra 62502, W.P. PUTRAJAYA
    Laman Web : icu.gov.my