Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Soalan Lazim
FAQ Khidmat Pengurusan

  1. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan bilik mesyuarat/ bilik gerakan/dewan serbaguna?
    Tempahan bilik mesyuarat/ bilik gerakan/dewan serbaguna boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari http://ebooking.icu.gov.my.

  2. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan bagi menggunakan kenderaan jabatan?
    Tempahan untuk menggunakan kenderaan jabatan boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari https://tempahan.icu.gov.my.

  3. Bilakah waktu berurusan di stor alat tulis Bahagian Khidmat Pengurusan?
    Waktu berurusan untuk pengguna mengambil barang di stor BKP adalah pada hari Selasa dan Khamis waktu pejabat.

  4. Bolehkah seorang pegawai menyemak buku rekod perkhidmatanya?
    Pegawai boleh menyemak Buku Rekod Perkhidmatan di Ibu Pejabat, atau bagi pegawai di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), pihak Ibu Pejabat akan melaksanakan sesi semakan BRP secara berkala di PPN mengikut keperluan.

  5. Bolehkah anggota perkhidmatan Awam mendapat cuti tanpa rekod kerana kematian ahli keluarga terdekat?
    Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2015, anggota Perkhidmatan Awam layak diberi Cuti Tanpa Rekod selama 3 hari untuk menziarahi jenazah serta membantu urusan kematian ahli keluarga terdekat. Tempoh 3 hari tersebut, meliputi hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.