Selamat datang ke Laman Web Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (PPPN Kelantan). Adalah menjadi hasrat pejabat ini untuk menjadi penghubung di antara Kerajaan dan Rakyat terhadap perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan. Menerusi laman web ini, rakyat mampu untuk menembusi dunia informasi tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal secara atas talian.
Sehubungan itu, melalui laman web ini juga dipaparkan maklumat-maklumat berkenaan pelaksanaan & pemantauan program dan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun, Projek/program Pembasmian Kemiskinan di seluruh Negeri Kelantan dan Projek Khas.
Justeru, saya berharap agar dengan adanya laman web ini, ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat dan agensi–agensi Kerajaan di Negeri Kelantan yang ingin mengenali atau mendapatkan maklumat berkaitan pejabat ini.
Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi PPPN Negeri Kelantan.
PPPN Kelantan sedia memberi khidmat kepada anda.
HAJI JASRI BIN KASIM
Pengarah
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan
1. YBHG. TAN SRI DATO' SERI MOHAMED NOOR BIN ABDUL RAHIM | 16 JANUARI 1991 – 24 NOVEMBER 1993 |
2. TN. HJ. ANIS BIN AJMAL MOHD | 01 SEPTEMBER 1994 – 31 SEPTEMBER 1997 |
3. YBHG. DATO' AZMAN BIN ABDUL RASHID | 16 OKTOBER 1997 – 31 MEI 1999 |
4. YBHG. DATO' RAMLI BIN ABD. RAHMAN | 01 JUN 2000 – 15 JULAI 2003 |
5. YBHG. DATUK HJ. IBRAHIM BIN HJ. JUSOH | 01 OGOS 2003 – 21 MEI 2005 |
6. YBHG. TAN SRI SHUKRY BIN MOHD SALLEH | 22 MEI 2005 – 24 SEPTEMBER 2009 |
7. YBHG. DATO' MAKHTAR BIN MUSTAPHA | 16 OKTOBER 2009 – 23 MEI 2017 |
8. YBHG. DATO' HJ. YAHAYA BIN MAMAT | 24 MEI 2017 – 23 APRIL 2018 |
9. YBRS. ENCIK AMIR ZAKRI BIN MAHMAD MAHYIDIN | 15 JULAI 2020 |
10.YBRS. ENCIK ABDUL AZIZ BIN SIMAT | 7 SEPTEMBER 2020 - 10 JANUARI 2023 |
11. YBRS. TUAN HAJI JASRI BIN KASIM | 12 MEI 2023 - SEKARANG |