PENDAFTARAN eKasih
1) Individu/ orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau
Pejabat Pembangunan Negeri/ Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPN/ PPPN) yang berdekatan
untuk mendaftar permohonan ataupun boleh mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Jawatankuasa Pembangunan
dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Persekutuan (JPKKP).
2) Setiap permohonan pendaftaran yang diterima hendaklah
memenuhi kriteria berikut sebelum dibuat pengesahan melalui
Mesyuarat Focus Group Daerah/ Negeri (FGD/ FGN), sebelum bancian di lapangan.
- Ketua Isi Rumah (KIR) Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan
- Butiran maklumat pemohon yang lengkap.
SEMAKAN PENDAFTARAN
Merupakan kemudahan semakan status daftar eKasih. Terdapat 4 status daftar:
Disahkan
Telah dibanci
Disemak
Dalam proses banci
Ditolak
Tidak layak dibanci
Baru/Daftar Terbuka
Pemohonan baru


