• Pengumuman
  • Notis Perolehan
Tiada maklumat tender/sebutharga/eBidding baru buat masa ini

voice iconDengar Suara


Polisi Kepenggunaan

Penyataan Pengurusan Pelanggan



Penglibatan e-Penyertaan

  • Dasar e-Penyertaan bertujuan memulakan budaya dan amalan e-penyertaan seluruh Agensi Kerajaan dan meningkatkan ketelusan dan penyertaan rakyat, dengan itu membantu Kerajaan Malaysia mencapai matlamat pembangunan negara.
  • Kerajaan Malaysia sentiasa mengiktiraf nilai melibatkan rakyat dalam proses pentadbiran. Penglibatan dengan orang ramai membolehkan kerajaan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog yang lebih baik dan perbincangan, dan akhirnya, tadbir urus yang lebih baik. Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
  • ICU JPM menggalakkan rakyat melibatkan diri dan menggalakkan rakyat aktif menggunakan saluran maklum balas kami, termasuk di laman web atau media sosial untuk berkongsi maklum balas anda dengan Kerajaan.
  • Beberapa ciri-ciri di bahagian laman web (cth: Langgan Bersama Kami) memerlukan anda untuk memasukkan alamat e-mel anda sebagai sebahagian daripada penyertaan. ICU JPM dari semasa ke semasa menghantar akan menghantar e-mel notifikasi pemakluman maklumat terkini berdasarkan pilihan langganan Pelanggan.
  • Anda boleh membatalkan langganan dengan mengklik pada pautan Batal langganan dari e-mel pemberitahuan yang menyatakan bahawa anda tidak lagi mahu menerima e-mel dari ICU JPM.
  • ICU JPM berhak untuk menghapuskan atau tidak membenarkan mana-mana alamat e-mel yang mengandungi identiti palsu atau ralat semasa penghantaran notifikasi.

Kebebasan Maklumat

  • Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri tidak mempunyai Akta Kebebasan Maklumat untuk dikongsi bersama dengan orang awam kerana kebanyakkan maklumat yang terdapat di agensi ini adalah sulit dan terhad untuk edaran umum.
  • Hanya maklumat yang telah mendapat kelulusan/kebenaran dari Ketua Jabatan sahaja yang akan dipaparkan dalam Laman Web ICU JPM. Pentadbir Laman Web perlu memastikan berita dan maklumat yang dipaparkan tidak sulit dan menjejaskan nama baik ICU JPM.
  • Pentadbir Laman Web ICU JPM juga perlu memastikan ejaan dan penggunaan bahasa perundangan yang digunakan dalam artikel disemak sebelum dipaparkan dalam Laman Web ICU JPM untuk mengelakkan sebarang kesalahan maklumat yang disampaikan.
  • Sekiranya anda berada di ICU JPM dan ingin membuat capaian ke aplikasi intranet yang terdapat di Laman Web ICU JPM, anda perlu memohon capaian Wifi dengan melengkapkan borang access wifi yang disediakan pihak infrastruktur Pusat Bank Data Negara dan Inovasi bagi membolehkan capaian.

Penggunaan Jaringan Media Sosial Di Sektor Awam Oleh Pengguna

Pegawai Bertanggungjawab Mengendalikan Laman Web Media Sosial Agensi

  • Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan
  • Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan
  • Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang awam
  • Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan
  • Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi
  • Memastikan pautan dan kandungan antara laman web jaringan sosial dan laman web rasmi agensi hendaklah jelas dan tidak bertindih
  • Menggunakan logo rasmi agensi di dalam laman web jaringan sosial
  • Menggunakan e-mel rasmi di dalam profil laman web jaringan sosial
  • Menggunakan foto dan/atau video yang dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam keadaan yang bersesuaian
  • Memasukkan penerangan terhadap foto dan/atau video yang digunakan bagi membantu carian oleh pengguna
  • Menggunakan perkataan hak cipta terpelihara pada semua kandungan foto dan/atau video
  • Menggunakan ayat yang ringkas, padat, tepat dan jelas maksudnya
  • Menyediakan penyataan penafian (disclaimer) terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna semasa menggunakan laman web jaringan sosial

Pengguna di Agensi

  • Mencapai laman web jaringan sosial yang hanya berkaitan dengan urusan rasmi agensi pada waktu pejabat
  • Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya
  • Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan
  • Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan
  • Tidak menggunakan laman web jaringan sosial untuk mengaibkan individu tertentu

Pentadbir Rangkaian

  • Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi
  • Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak mengganggu prestasi rangkaian di agensi
* Sumber : Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam

Dasar Privasi & Keselamatan      Polisi Kepenggunaan      Notis Hakcipta      
Hak Cipta Terpelihara © ICU JPM 2016 / Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : ICU JPM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini