Tujuan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada kementerian-kementerian yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan projek dan boleh di tanda aras oleh kementerian-kementerian lain/jabatan-jabatan dan agensi-agensi sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Objektif anugerah ini adalah untuk:
- Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang pembudayaan kualiti dalam pengurusan projek;
- Memberi pengiktirafan secara formal kepada kementerian-kementerian yang cemerlang dalam pengurusan projek pembangunan Kerajaan;
- Memberi publisiti mengenai amalan pengurusan projek yang cemerlang yang boleh di tanda aras oleh kementerian/jabatan/ agensi lain;
- Menggalakkan persaingan sihat antara kementerian-kementerian ke arah memperbaiki lagi amalan pengurusan projek berkualiti; dan
- Menyokong usaha-usaha Kerajaan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan secara berkesan.
Anugerah Kualiti Pengurusan Projek mula diperkenalkan pada tahun 2007 sebagai salah satu anugerah di bawah siri Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA).
|