Bilangan pengunjung kini : 495
Laman Utama
Syarat Kelayakan
Tatacara Permohonan
 
Untuk muat turun lampiran, klik kanan pilih Save As.
Lampiran A
Lampiran B
Untitled Document
TUJUAN ANUGERAH

 

Tujuan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada agensi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan projek yang boleh di tanda aras oleh agensi-agensi lain sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Objektif anugerah ini adalah untuk:

  1. Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang pembudayaan kualiti dalam pengurusan projek;

  2. Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi Kerajaan yang cemerlang dalam pengurusan projek pembangunan Kerajaan;

  3. Memberi publisiti mengenai amalan pengurusan projek yang cemerlang yang boleh di tanda aras oleh agensi lain;

  4. Menggalakkan persaingan sihat antara agensi-agensi Kerajaan ke arah memperbaiki lagi amalan pengurusan projek berkualiti; dan

  5. Menyokong usaha-usaha Kerajaan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan secara berkesan.

Anugerah Kualiti Pengurusan Projek mula diperkenalkan pada tahun 2007 sebagai salah satu anugerah di bawah siri Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA).

 

BENTUK HADIAH

 

Pemenang AKPP akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM15,000.00, sebuah piala iringan dan sijil penghargaan.

Anugerah akan disampaikan semasa Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam setiap tahun.

 
 
Hakcipta Terpelihara AKPP 2008 @ ICU JPM