|
Anugerah Kualiti Pentadbiran Daerah dan Tanah (AKPDT) merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan khusus kepada Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Pejabat Residen, Pejabat Tanah dan Survei, dan Pejabat Tanah dan Galian yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang. Pemberian Anugerah ini adalah sebahagian daripada aktiviti utama di bawah Gerakan Budaya Kerja Cemerlang. Pemilihan pemenang Anugerah dan Majlis Penyampaian dilakukan secara tahunan. Garis panduan ini mengandungi maklumat mengenai AKPDT sahaja.
Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan:
- Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang kualiti di peringkat pentadbiran daerah;
- Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi Kerajaan tersebut yang telah mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan program-program peningkatan kualiti, serta telah mencapai tahap kepimpinan kualiti yang unggul;
- Memberi maklumbalas kepada agensi untuk meningkatkan lagi usaha-usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan;
- Menggalakkan persaingan sihat antara agensi Kerajaan di peringkat daerah ke arah memperbaiki lagi amalan pengurusan kualiti dan
- Memberi publisiti tentang strategi-strategi kualiti yang telah berjaya.
Pemenang AKPDT akan menerima hadiah dan keistimewaan seperti berikut :
- Pemenang pertama menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15,000.00, sebuah piala iringan dan sijil penghargaan
- Pemenang kedua menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00, sebuah piala iringan dan sijil penghargaan.
Penyertaan terbuka kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Pejabat Residen, Pejabat Tanah dan Survei, dan Pejabat Tanah dan Galian.
|